Penjana Komuniti@SME Bank

Objektif Program

Memastikan usahawan mikro atau bersaiz kecil mendaftar perniagaan mereka dengan Pendaftar Perniagaan dan/atau memiliki lesen perniagaan yang sah.
Meningkatkan kefahaman usahawan dan mempraktikkan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan yang sistematik dan mudah.
Meningkatkan keupayaan usahawan dalam peralihan ke arah perniagaan secara digital dengan menggunakan platform pemasaran digital dan media sosial dalam mempromosikan dan meningkatkan jualan perniagaan.
Memahami dan merangka kaedah copy-writing dalam memasarkan produk atau perkhidmatan secara atas talian dengan lebih efektif.
Menyokong dan meningkatkan kapasiti usahawan mikro atau bersaiz kecil dari golongan B40 menerusi geran bantuan modal yang disediakan.

Kumpulan Sasar Program

Usahawan Golongan B40

Usahawan Mikro

Graduan Menganggur

Orang Kelainan Upaya

Ibu Tunggal/ Ibu Tinggal

Usahawan PKS

Usahawan Asnaf

Cadangan Rangka Kerja Program dan Jangakamasa

Modul Latihan

HARI: 1
HARI: 2
HARI: 3
HARI: 4

Geran Penjana@SME Bank

Pemohon hendaklah menggunakan geran bagi tujuan berikut

1.Pembelian atau baik pulih Aset Mesin Peralatan
a)Aset , mesin dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan

2. Modal Pusingan /Modal Kerja
a) Bantuan modal pusingan /modal kerja merangkumi keperluan jangka pendek bagi perbelanjaan organisasi pentadbiran , pemasaran dan operasi
b) Modal kerja seperti perolehan bahan mentah dan keperluan stok perniagaan , bayaran sewaan premis perniagaan dan penyelenggaraan premis perniagaan

3.Pemasaran dan Promosi Digital
a) Facebook Ads
b) Instagram Ads
c) Google Ads
d) YouTube Ads
e) Perbelanjaan untuk tujuan pengiklanan digital

4. Langganan sistem perakaunan

Pendaftaran

Pendaftaran untuk menyertai program PENJANA Komuniti@SME BANK boleh la dibuat pada pautan dibawah:
https://forms.gle/j4nygaDHQ3S8UD6q9

*Permohonan akan ditutup pada 5 Februari 2021