Teknologi Digital Dalam Perniagaan

Teknologi digital yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara pendigitalan dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan pendigitalan diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.

Teknologi digital yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malah, , teknologi ini akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam apa juga jenis perniagaan.

Merujuk kepada kelebihan perniagaan digital, wujudnya angin perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan digital juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain dengan wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi pendigitlan boleh digunakan pakai untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap.

Mengenai kepentingan cantuman digital dalam perniagaan sepanjang masa, wujudnya hubungan yang harmoni di antara teknologi dan perniagaan, misalnya teknologi maklumat (IT) boleh membantu syarikat agar lebih berjaya. Hubungan ini perlu, tetapi menekankan peranan 'orang' sebagai salah satu elemen penting untuk memastikan teknologi yang digunakan berfungsi. Jadi, tumpuan kepada pengguna digital perlu menerusi pendidikan dan latihan agar mereka memahami bagaimana teknologi mewujudkan hubungan harmoni untuk pertumbuhan perniagaan.

Walaubagaimanapun, selain membina, teknologi digital boleh juga membinasakan. Teknologi digital membina dari segi penyediaan aplikasi, peningkatan produktiviti, kecekapan, dan perkara lain yang baik, hasil penggunaan teknologi. Manakala, bahagian yang merosakkan boleh dilihat dalam beberapa aspek, contohnya apabila perniagaan menjadi terlalu produktif dan kecekapan meningkat, maka berlaku kejatuhan harga produk. Ini menyebabkan perniagaan berkenaan lebih sukar bersaing untuk mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran. Kesannya, ada perniagaan yang terus lemah dan gagal.

Bagaimanapun, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi digital semata-mata. Syarikat perlu asas perniagaan yang baik dalam ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik dari segi kewangan akan berjaya. Teknologi pada asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya.