Kemahiran Yang Perlu Dikuasai

Menurut Tom Hopkins seorang bekas jurujual dan sekarang seorang jururunding latihan ternama di dalam bukunya yang bertajuk "How To Master The Art Of Selling", jika kita ingin melipat gandakan pendapatan kita "selling" merupakan kerjaya yang tepat. Katanya kita tidak perlukan modal untuk kaya, modal kita adalah diri kita: "You are your greatest asset. Put your time, effort, and money into training, grooming and encouraging your greatest asset". Antara kelebihan "selling" yang boleh dikongsi:-

KEBEBASAN UNTUK MELAHIRKAN IDEA (FREEDOM OF EXPRESSION)
Kita dapat melahirkan apa yang kita suka dan kita boleh buat apa yang kita hendak buat. Tidak ada perkara yang boleh menyuburkan kemakmuran ekonomi kita dan negara kita kecuali "selling".

KEBEBASAN UNTUK BERJAYA (FREEDOM TO BECOME AS SUCCESSFUL AS YOU'D LIKE TO BE)
Kita boleh menyatakan berapa pendapatan yang kita mahu di dalam poket kita. Kita boleh tentukan dengan usaha kita dan kepandaian kita untuk menjual. Sebab itu agen-agen MLM, hartanah, insuran dan sebagainya yang berjaya sering mengaitkan kejayaan mereka dengan apa yang mereka nak capai berserta dengan usaha kerja keras dan kepandaian melakukan permulaan dan penutupan penjualan (beginning and closing sale).

BERANI MENGHADAPI CABARAN HARIAN (DAILY CHALLENGE)
Bagi mereka yang sukakan cabaran dan rasa tercabar, "selling" merupakan satu kerjaya yang tepat. Saban hari kita akan berhadapan dengan cabaran yang berbeza. Berjaya menghadapi cabaran tersebut bererti kita berjaya memenuhi sebahagian dari rasa kepuasan yang kita inginkan. Dan ia akan menjadikan kita lebih berani untuk menghadapi cabaran yang lain.

MEMBERI PULANGAN DARI PELABURAN YANG KECIL (OFFER HIGH POTENTIAL RETURN FROM THE LOW CAPITAL INVESTMENT)
Orang kata jika kita pandai berkata-kata, sebatang mancis kayu kita boleh jual dengan harga yang begitu tinggi sedangkan jika beli di kedai dengan harga RM1 sahaja kita boleh dapat sekotak mancis kayu. Di mana kebenarannya? Pastinya dari kata-kata dan kepintaran kita untuk menjual. Perkataan yang tepat ialah "power of words". Hanya bermodalkan mulut dan pengetahuan tentang produk sahaja seseorang jurujual boleh menjadi kaya raya.

MENJUAL ADALAH MENYERONOKKAN (SELLING IS FUN)
Setiap hari kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan saban hari juga terkadang kita tertawa kerana kesilapan kita menjalankan proses jualan. Setiap hari kita mencipta plot drama kita sendiri. Jika kita suka dengan apa yang kita suka buat, ia menyeronokkan. Jangan pandang kesukarannya sebelum mencuba. Jika ini berlaku ia sememangnya ibarat "membunuh diri" sebelum menghadapinya. Jika itu yang berlaku, jangan difikirkan tentang impian yang ditulis di mana-mana dan ia sudah pasti tidak tercapai dengan semangat mudah mengalah kita.

KEPUASAN (SATISFYING)
Pasti kita akan merasa puas apabila kita melihat pelanggan yang lalu di depan kita atau di mana-mana sahaja yang menjinjing atau menggunakan produk kita. Kita puas kerana itulah usaha kita. Kita puas kerana di mana-mana sahaja orang memperkatakan tentang kebaikan produk kita dan kita boleh tidur puas kerana usaha kita berbaloi.

MENJADI JUARA (BECOME A CHAMPION)
Tanpa disedari, kehidupan kita seharian berkait rapat dengan "selling, negotiating, discussing, presenting, influencing, anchoring, dealing, manipulating etc". Ia merupakan satu proses yang berkait rapat dengan ilmu urusniaga yang dijalankan secara tidak langsung sedangkan kewujudannya tidak disedari. Kekuatan itu sebenarnya sudah wujud namun tidak diasah dengan rapi. Sepatah kita berucap atau bercakap ia merupakan "selling". Bila kita bertukar-tukar pendapat dengan orang lain ia bermakna kita cuba meyakinkan bahawa kita menjual idea-idea kita kepada orang lain.

Pesanan orang-orang yang telah berjaya di dalam perniagaan dan kejurujualan ini (Tom Hopkins) "You are your greatest asset. Put your time, effort, and money into training, grooming and encouraging your greatest asset". Ambil masa untuk mengasah atau mempertajamkan kekuatan yang sudah sedia ada dengan mengetahui rahsianya melalui TRAINING.

Sumber: Business Talks; Tom Hopkins