Dengar Maklumbalas Pelanggan Anda, Kekal Fokus, Dapatkan Keuntungan

Cara terbaik untuk mengelakkan kehilangan fokus di dalam perniagaan adalah untuk meluangkan sedikit masa dan bercakap secara langsung dengan pelanggan anda. Apabila meletakkan matlamat di dalam perniagaan, dapatkan maklum balas terus dari pelanggan atau bakal pelanggan anda. Cubalah berbual dengan pelanggan-pelanggan untuk suatu tempoh dan melibatkan diri secara aktif dengan pelanggan yang berbeza, anda akan kagum dengan input yang anda perolehi.

Kebanyakan syarikat mempunyai pasukan sokongan pelanggan yang menyalurkan maklum balas pelanggan. Tetapi jika anda seorang eksekutif atau pereka atau pakar pemasaran yang bergantung hanya pada laporan dan maklum balas daripada pasukan jualan dan sokongan pelanggan, banyak yang anda mungkin terlepas pandang. Walaupun kaji selidik dalam talian dan telefon pintar dan temuduga secara berdepan masih kekal sebagai kaedah pengumpulan data yang popular, berbual terus dengan pelanggan memberikan kelebihan.

Berikut adalah manfaat yang anda dapat dengan meluangkan masa bersama pelanggan anda.

Mengukuhkan Sebab Anda Melakukannya
Mendekati pelanggan dan mengetahui apa yang mereka fikirkan mengenai produk atau perkhidmatan anda, dan mengapa mereka menggunakannya, adalah motivasi yang besar. Ia membantu anda memahami bagaimana tugas-tugas tertentu mempengaruhi kerja-kerja keseluruhan syarikat dan seterusnya tindakbalas pelanggan anda kemudian. Ia mengingatkan anda bahawa terdapat tujuan untuk setiap apa yang anda lakukan.

Membantu Anda Untuk Kembali Ke Landasan Sepatutnya
Ia juga membantu anda memahami jika anda telah pergi ke arah yang salah. Anda mungkin begitu teruja dengan kerja dan ilham anda tetapi tidak bermakna ia sesuai untuk semua orang. Dengan berbual bersama pelanggan, anda mungkin cuma perlu mengubah sedikit sahaja ilham anda untuk sesuaikan dengan kehendak pelanggan.

Memberi Klu Kepada Pelanggan Anda Mengambil Berat
Apabila pelanggan melihat tanda-tanda anda mengambil berat, mereka sudah tentu merasa syarikat anda menganggap mereka pelanggan berharga. Anda tidak perlu menukar produk anda atau menawarkan ciri baru setiap masa, cukuplah sekadar mendengar luahan dan cadangan mereka dan mengubahsuai di mana perlu.

Manfaatkan Data Diperolehi
Anda boleh mendapatkan lebih banyak data dengan kajian atau dengan kumpulan fokus. Anda perlu juga menggunakan beberapa teknik penyelidikan kuantitatif. Walau bagaimanapun, penyelidikan kualitatif, iaitu melalui perbualan adalah lebih bernilai dan tidak boleh diabaikan.

Oleh kerana proses ini memakan masa, adalah penting untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripadanya. Selain maklum balas peribadi anda boleh juga menggunakan data untuk membantu orang lain. Pastikan anda membuat tindakan susulan dari hasil maklumbalas yang diperolehi. Gunakan ia untuk merancang strategi jangka panjang anda atau sebagai bimbingan dan rujukan dalam perniagaan anda.