Ciri-Ciri Usahawan Start-Up Yang Berjaya

Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menempoh cabaran yang sukar? Berikut adalah ciri-ciri yang membantu pemilik perniagaan kecil berkembang maju.

Tidak kira apa definisi anda untuk berjaya, sejumlah besar ciri-ciri adalah dikongsi bersama oleh ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Walaupun anda tidak mempunyai kesemua ciri-ciri ini, jangan risau. Kebanyakannya boleh dipelajari dengan amalan dan dengan menanam sikap yang cemerlang, terutamanya jika anda menetapkan matlamat dan mengaplikasi diri sendiri melalui perancangan strategik, untuk mencapai matlamat tersebut dengan peningkatan berkala dan peringkat yang boleh diukur.

APA YANG PERNIAGAAN START-UP WAJIB ADA
Seperti mana-mana aktiviti yang anda lakukan, terdapat ciri-ciri tertentu yang diperlukan untuk berjaya dalam aktiviti yang dipilih. Ciri-ciri ini perlu dibangunkan sepenuhnya, dilaksanakan dan diuruskan untuk menjayakan perniagaan anda. Terdapat banyak ciri-ciri perniagaan tetapi ciri-ciri yang lebih penting yang diperlukan untuk memulakan, mengendalikan dan mengembangkan perniagaan kecil yang menguntungkan adalah seperti dibawah:

1. MELAKUKAN SESUATU YANG MENYERONOKAN
Apa yang anda dapat dari perniagaan anda dalam bentuk kepuasan peribadi, keuntungan kewangan, kestabilan dan keseronokan akan menjadi pendorong atau input yang anda masukkan ke dalam perniagaan anda. Jadi, jika anda tidak seronok melakukannya, kemungkinan besar perniagaan anda tidak akan berjaya.

2. BUAT SESUATU PERKARA DENGAN SERIUS
Anda tidak boleh mengharapkan kejayaan dalam perniagaan melainkan anda benar-benar percaya dalam perniagaan anda dan dalam barangan dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Terlalu banyak pemilik perniagaan startup gagal untuk memandang serius perniagaan mereka sendiri, tidak ada motivasi dan senang tersasar fokus. Mereka juga menjadi mangsa kepada segelintir yang tidak mengambil mereka secara serius kerana mereka tidak bekerja di bangunan pejabat, kedai atau kilang. Ramai yg tidak mengetahui bahawa bilangan orang yang menjalankan perniagaan kecil dan mendapat pendapatan tahunan yang sangat baik, telah berkembang dengan pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

3. MERANCANG SECARA TELITI
Merancang setiap aspek perniagaan startup anda adalah bukan sahaja satu kemestian, tetapi juga membina tabiat yang setiap pemilik perniagaan kecil perlu ada, laksana dan kekalkan. Tindakan merancang perniagaan adalah amat penting kerana ia memerlukan anda untuk menganalisa setiap keadaan perniagaan, penyelidikan dan menyusun data, dan membuat kesimpulan berdasarkan kepada fakta-fakta yang dinyatakan melalui penyelidikan tersebut. Perancangan perniagaan juga bertindak sebagai fungsi kedua, iaitu memastikan matlamat anda dan bagaimana untuk mencapainya, di atas kertas. Anda boleh menggunakan pelan anda sebagai peta untuk membawa anda dari titik A ke Z dan sebagai kayu pengukur untuk mengukur kejayaan setiap pelan individu atau segmen dalam rancangan itu.

4. MENGURUS WANG DENGAN BIJAK
Nadi mana-mana syarikat perniagaan adalah aliran tunai. Anda perlukan aliran tunai untuk membeli inventori, membayar perkhidmatan, mempromosi dan memasarkan perniagaan anda, membaiki dan menggantikan alat dan peralatan, dan membayar diri anda supaya anda boleh terus bekerja. Oleh itu, semua pemilik perniagaan kecil mesti menjadi pengurus wang yang bijak untuk memastikan bahawa wang tunai terus mengalir dan bil-bil dibayar. Terdapat dua aspek pengurusan wang yang bijak:

• Wang yang anda terima daripada pelanggan dalam pertukaran untuk barangan dan perkhidmatan yang anda tawarkan (pendapatan)
• Wang yang anda belanjakan dalam inventori, bekalan, upah dan lain-lain yang diperlukan untuk memastikan perniagaan anda beroperasi (perbelanjaan)

5. MENCAPAI JUALAN
Seorang usahawan perniagaan startup perlu sentiasa ingat bahawa pemasaran, pengiklanan, atau aktiviti promosi tidak mempunyai nilai, kecuali jualan dicapai. Ini tidak bermakna kita tidak memerlukan seorang jurujual yang hebat, pakar pengiklanan dan penulisan iklan atau pakar perhubungan awam. Walau bagaimanapun, semua kemahiran ini akan menjadi sia-sia jika anda tidak aktif meyakinkan orang ramai untuk membeli apa yang anda jual.

6. SENTIASA INGAT PELANGGAN ANDA
Perniagaan startup anda bukanlah memfokuskan kepada produk atau perkhidmatan yang anda jual. Perniagaan anda bukan tentang harga yang anda kenakan untuk barangan dan perkhidmatan anda. Perniagaan anda bukan juga berkenaan persaingan dan bagaimana untuk mengalahkan mereka. Perniagaan anda sebenarnya memfokuskan kepada pelanggan anda. Lagipun, pelanggan anda adalah orang-orang yang akan menentukan arah perniagaan anda. Semua yang anda lakukan dalam perniagaan mesti fokus kepada pelanggan, termasuk dasar anda, jaminan, pilihan pembayaran, waktu operasi, persembahan, pengiklanan dan kempen promosi dan laman web. Selain itu, anda mesti tahu siapa pelanggan anda.