Masshead02
Keep Yourself up to Date
Our Most Recent News

SME Bank Pacu Hab Kewangan Islam Dunia

Dr Sheikh Ghazali (dua dari kanan) dan Dr Adnan (dua dari kiri) pada majlis menandatangani di Konvensyen Pertama Program Banker Kemajuan Islam Chartered di Sasana Kijang, Bank Negara
Kuala Lumpur: SME Bank berada di landasan tepat untuk menjadi bank pembangunan pertama di negara ini menyokong sasaran Malaysia sebagai hab kewangan Islam dunia menerusi Chartered Islamic Development Banker Programme (ChIDB).

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, program itu adalah pertama seumpamanya di dunia yang mana seramai 296 kakitangan SME Bank sudah mengikuti ChIDB dan berjaya menyelesaikan program terbabit bagi kumpulan pertama yang bermula tahun lalu. Katanya, SME Bank bekerjasama dengan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan anak syarikatnya, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan (CEDAR) bagi membangunkan program itu.

“Modul program ini dibangunkan khas mengikut keperluan dan struktur bank pembangunan yang dilihat turut berpotensi untuk membantu dalam kewangan Islam di negara ini.

“Kami berharap dengan inisiatif SME Bank dan IBFIM, ia akan membuka platform kepada bank pembangunan lain bagi melahirkan modal insan yang bukan saja memenuhi keperluan industri tempatan tetapi juga peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas majlis pentauliahan kakitangan SME Bank, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Datuk Dr Adnan Alias dan Ketua Pegawai Operasi CEDAR, Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod. Mohd Radzif berkata, ChIDB adalah program yang diwujudkan untuk menyediakan latihan terbaik termasuk melahirkan kakitangan dan eksekutif yang cekap dalam industri kewangan Islam.
v Menurutnya, menerusi kepakaran CEDAR dan IBFIM juga menyaksikan Malaysia kekal sebagai pemain yang melahirkan bakat dan modal insan melalui kursus terbaik di pasaran global, sekali gus menyediakan pilihan alternatif kewangan.